Pandanglah Besar Dosa Itu


Pandanglah dosa itu amat besarnya sekalipun dosa kecil sahaja

Kerana kalau Allah tidak ampunkan ia tetap ke Neraka

Dosa adalah kemurkaan Tuhan

Selagi di dalam kemurkaan-Nya menjadi hijab pada seseorang hamba

Oleh itu jika terbuat dosa cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya

Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya

Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya

Tapi mungkin kita tidak terasa

Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan

Selama di dalam kemurkaan Tuhan, segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya

Atau sepanjang masa itu apa yang diberi adalah di dalam kemurkaan-Nya

Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya

Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya

Bila sudah hilang keberkatannya

Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya

Ketenangan tidak ada, keharmonian rumahtangga hilang

Jiwa sentiasa sahaja hendak berang

Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada

Sekalipun pandai jiwa panas, gelisah sahaja

Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena

Gelak ketawanya hanya pura-pura, bila keseorangan, jiwa gelisah mula tiba

Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita

Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi